Thursday 13 April 2023

ISI 3

 

Dasar kerajaan memupuk perpaduan melalui sukan

 

Seperti kita yang tahu , Sukan adalah cara yang sesuai  untuk memupuk perpaduan pelbagai kaum . Kerajaan telah menbuat beberapa acara sukan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antaranya ialah Sukan Malaysia (SUKMA) , Kempen Sukan Negara (KSN) , Program Kebangsaan Sukan Tertutup (PKST) dan Inisiatif Sukan untuk Semua. Perpaduan kaum dan hubungan antara negara boleh diperkukuh dengan menwujudkan institusi kerajaan tersebut.






1.Sukan Malaysia (SUKMA)

SUKMA bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara atlet dari pelbagai kaum , agama dan budaya. SUKMA adalah acara yang diadakan setiap dua tahun sekali di Malaysia.SUKMA mengajurkan pelbagai sukan di  seluruh Malaysia.Ini menwujudkan kemahiran kecemerlangan sukan untuk semua sukan.Program ini dapat melatih atlit merangkumi latihan teknikal dan fizikal , strategi perlawanan dan pengurusan emosi, serta penyediaan kemudahan sukan yang berkualiti tinggi.SUKMA ini juga mempunyai sukan kurang upaya dan sukan wanita, memastikan semua orang Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk menyertai aktiviti sukan.Dengan adanya SUKMA, semua altit dapat memupuk perpaduan melalui persaingan yang sihat.





2.Kempen Sukan Negara (KSN)

KSN bertujuan untuk menwujudkan kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam membina perpaduan . KSN dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam membina kesepaduan diantara pelbagai lapisan masyarakat . Kerajaan Malaysia memastikan bahawa atlit dari pelbagai kaum diberi peluang untuk besaing bersama-sama . Ini dapat membuatkan mereka saling faham-mengfahami budaya yang lain . Mereka dapat lebih memahami makanan dan seni budaya yang khas bagi setiap kaum . Kerajaan juga boleh meberikan lebih banyak kemudahan sukan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada aktiviti sukan .Hal ini kerajaan dapat berkerjasama dengan sektor swasta untuk meningkatkan promosi sukan.





3.Program Kebangsaan Sukan Tertutup (PKST)

PKST adalah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan . Program ini adalah untuk memupuk  bakat sukan yang tersembunyi di kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah . Program ini dijalankan secara tertutup , ini menyediakan latihan secara berkala dan dapat pengalaman bersaing dalam sukan dengan kawan - kawan mereka . Program ini dapat memperkukuhkan perpaduan mereka daripada mereka kecil lagi di sekolah yang dimana terdapat pelbagai kaum antara mereka .Pihak sekolah dapat menekankan pentingnya bekerjasama antara pelajar dengan pelajar yang mempunyai kaum yang berlainan.Pihak sekolah memberi suasana yang selamat dan selesa dan pelbagai alat sukan. Pelbagai alat sukan yang disediakan untuk pelajar dapat membolehkan mereka bermain sukan dengan mempunyai banyak pilihan dan keadaan yang terlindung.





4.Inisiatif Sukan untuk Semua

 Inisiatif Sukan untuk Semua adalah program kerajaan Malaysia untuk menggalakan rakyat Malaysia menyertai aktiviti secara bersukan secara berterusan .Ia betujuan untuk memupuk satu habit kehidupan yang aktif dan sihat di masyarakat . Program ini dapat memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia memlalui peryetaan dalam aktiviti sukan.Ini dapat menarik perhatian individu dan masyarakat berpeluang mencuba sukan dan juga menikmati kegembiraan bersukan tidak mengira umur , bangsa dan kewarganegaraan.Hal ini juga dapat memupuk semangat kesihatan dan gaya hidup serta membangunkan kefahaman dan penghargaan terhadap pelbagai budaya sukan di Malaysia. Sukan untuk Semua membawa banayak manfaat kepada rakyat Malaysia , termasuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan , memperkukuhkan hubungan sosial, dan membina identiti nasional yang kukuh dan bersepadu

 


No comments:

Post a Comment