Thursday 13 April 2023

ISI 3

 

Dasar kerajaan memupuk perpaduan melalui sukan

 

Seperti kita yang tahu , Sukan adalah cara yang sesuai  untuk memupuk perpaduan pelbagai kaum . Kerajaan telah menbuat beberapa acara sukan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antaranya ialah Sukan Malaysia (SUKMA) , Kempen Sukan Negara (KSN) , Program Kebangsaan Sukan Tertutup (PKST) dan Inisiatif Sukan untuk Semua. Perpaduan kaum dan hubungan antara negara boleh diperkukuh dengan menwujudkan institusi kerajaan tersebut.






1.Sukan Malaysia (SUKMA)

SUKMA bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara atlet dari pelbagai kaum , agama dan budaya. SUKMA adalah acara yang diadakan setiap dua tahun sekali di Malaysia.SUKMA mengajurkan pelbagai sukan di  seluruh Malaysia.Ini menwujudkan kemahiran kecemerlangan sukan untuk semua sukan.Program ini dapat melatih atlit merangkumi latihan teknikal dan fizikal , strategi perlawanan dan pengurusan emosi, serta penyediaan kemudahan sukan yang berkualiti tinggi.SUKMA ini juga mempunyai sukan kurang upaya dan sukan wanita, memastikan semua orang Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk menyertai aktiviti sukan.Dengan adanya SUKMA, semua altit dapat memupuk perpaduan melalui persaingan yang sihat.





2.Kempen Sukan Negara (KSN)

KSN bertujuan untuk menwujudkan kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam membina perpaduan . KSN dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam membina kesepaduan diantara pelbagai lapisan masyarakat . Kerajaan Malaysia memastikan bahawa atlit dari pelbagai kaum diberi peluang untuk besaing bersama-sama . Ini dapat membuatkan mereka saling faham-mengfahami budaya yang lain . Mereka dapat lebih memahami makanan dan seni budaya yang khas bagi setiap kaum . Kerajaan juga boleh meberikan lebih banyak kemudahan sukan bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada aktiviti sukan .Hal ini kerajaan dapat berkerjasama dengan sektor swasta untuk meningkatkan promosi sukan.





3.Program Kebangsaan Sukan Tertutup (PKST)

PKST adalah satu program yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan . Program ini adalah untuk memupuk  bakat sukan yang tersembunyi di kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah . Program ini dijalankan secara tertutup , ini menyediakan latihan secara berkala dan dapat pengalaman bersaing dalam sukan dengan kawan - kawan mereka . Program ini dapat memperkukuhkan perpaduan mereka daripada mereka kecil lagi di sekolah yang dimana terdapat pelbagai kaum antara mereka .Pihak sekolah dapat menekankan pentingnya bekerjasama antara pelajar dengan pelajar yang mempunyai kaum yang berlainan.Pihak sekolah memberi suasana yang selamat dan selesa dan pelbagai alat sukan. Pelbagai alat sukan yang disediakan untuk pelajar dapat membolehkan mereka bermain sukan dengan mempunyai banyak pilihan dan keadaan yang terlindung.





4.Inisiatif Sukan untuk Semua

 Inisiatif Sukan untuk Semua adalah program kerajaan Malaysia untuk menggalakan rakyat Malaysia menyertai aktiviti secara bersukan secara berterusan .Ia betujuan untuk memupuk satu habit kehidupan yang aktif dan sihat di masyarakat . Program ini dapat memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia memlalui peryetaan dalam aktiviti sukan.Ini dapat menarik perhatian individu dan masyarakat berpeluang mencuba sukan dan juga menikmati kegembiraan bersukan tidak mengira umur , bangsa dan kewarganegaraan.Hal ini juga dapat memupuk semangat kesihatan dan gaya hidup serta membangunkan kefahaman dan penghargaan terhadap pelbagai budaya sukan di Malaysia. Sukan untuk Semua membawa banayak manfaat kepada rakyat Malaysia , termasuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan , memperkukuhkan hubungan sosial, dan membina identiti nasional yang kukuh dan bersepadu

 


ISI 2

 BIDANG sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Bagi Merak Jalanan, ini bukan retorik tapi satu realiti yang berlaku.

Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai.

Semuanya bersatu. Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu citra - Harimau Malaya perlu menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.

Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

ISI 1

 Perpaduan dalam sukan melalui pemain



Para pemain pasukan Kg.Sinarut Baru (mencangkung) merakam gambar bersama pasukan Pejabat Parlimen Ranau yang diketuai Datuk Jonathan (berdiri tujuh kiri) sebelum perlawanan.




RANAU: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan mampu memupuk perpaduan dan persaudaraan dikalangan pemain.

Demikian yang hendak diterapkan dalam perlawanan bola sepak ‘Silaturrahim’ antara Pasukan Kg.Sinarut Baru yang diketuai Pengerusi JPKK, Peter Salumbi menentang Pasukan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Padang Kg.Sinarut Baru pada Rabu.

Sunday 9 April 2023

PERPADUAN DALAM SUKAN

MPU 21012-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


AHLI KUMPULAN 



CHAN MING KE
O4DUB22F2002



AHMAD FARIZMAN BIN HASSAN
04DUB22F2004


AHMAD DANISH HANAFI BIN KHALID
04DUB22F2007

                                       

ZULMIRZA SYAHMI BIN MOHD ZULKAMAL 
04DUB22F2006









MUHAMMAD AZIM BIN RAZIF







PENGHARGAAN


Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianNya kami dapat menyelesaikan tugasan projek dengan penuh yakin dan jayanya. Pertama sekali, kami ingin memberi ucapan ini kepada pensyarah yang telah bertungkus lumus berkongsi ilmu kepada kami iaitu pensyarah Penghayatan Etika Dan Peradaban yang dikasihi Puan Norhayati kerana dengan tunjuk ajar daripadanya telah mencipta inisiatif baru bagi kami menyelesaikan tugasan ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa kami di mana mereka telah menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk menyiapkan tugasan projek ini. Mereka antara orang yang sentiasa berada di belakang kami bagi memberi sokongan moral dan kemudahan untuk kami menyiapkan ini.

Bukan itu sahaja, kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan kami khususnya ahli kumpulan kami kerana banyak memberi pendapat dan berkongsi serba sedikit idea-idea menarik sepanjang proses menyiapkan tugasan ini berjalan. Ahli kumpulan kami memberi semangat kerjasama yang amat positif bagi membantu rakan-rakan sekumpulan yang tidak dapat mengeluarkan idea mereka.

Akhir kata, kami juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung dalam mencipta satu blog yang menarik.